Sabtu, 02 April 2011

AWAN YANG MENAKJUBKAN

AWAN YANG MENAKJUBKAN by albaruqy
AWAN YANG MENAKJUBKAN, a photo by albaruqy on Flickr.

Apakah yang perlu seseorang lakukan jika ia disuruh melakukan kerja yang beliau rasakan menyalahi ajaran Islam?

Jika seseorang diperintah melakukan sesuatu tugas semasa kerjanya, beliau perlu mempertimbangkannya -- jika perbuatan tersebut tidak ingkar kepada Allah , beliau boleh melakukannya. Sebaliknya, jika ia melibatkan perbuatan yang ingkar kepada Allah maka beliau tidak boleh melakukannya. Jika tidak beliau akan dikira bersubahat dalam berbuat dosa dan kesalahan. Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Seseorang manusia tidak boleh ditaati jika melibatkan kemaksiatan kepada Allah (s.w.t). Sesungguhnya, taat hanya dibenarkan dalam berbuat kebajikan." (Saheeh al-Bukhaari dalam Fath al-Baari, 13/121; Ahmad, 1/94; riwayat ini telah dinyatakan dalam al-Silsilah al-Saheehah, No. 181)

Allah berfirman dalam Qur'an (tentang orang-orang yang sesat) (ertinya):

“Dan mereka berkata: 'Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar).'” [al-Ahzaab 33:67]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Silahkan tinggalkan komentar anda untuk menambah silaturahim.